About Me

My photo
Semenyih, Selangor, Malaysia
Mohd Airul Bin Alimat yG dlHirkN pD 16 SepT 1990(trikH MlaySia LngkP,cmE tHun je laIn) tP klu ikut kelender Islam lak 25 Safar 1411..sek kat Sek Keb Dato Keramat(97-00), Sek Keb Taman Sri Gombak(01-02), Sek Men Keb Sungai Kertas(03-07), UiTM Arau, Perlis (08-11) n skrg ada kat UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Melaka..dlm jrusN Degree in Accountancy (Hons)..n Klu Dah bLjr akaUn,nk Jd aKaunTan la,pe lG kN (auditor pn boleh gak,huhuhuhu) sBB ku ske nombor tp bnci gler dgn mghafal,time test mmmg tnsion gler & hoBi ku PnDu Jet pejuaNG snDri(tp jet nYe xdE lG)(Ni gak Cta2 ku yg Dlu,cme XksmpaiaN)..nk Tau lg,ku ni jenis yg klam kbut dlm wat semua pkara, ssah nk rpat dgn org n snng nk bjauhan dgn org, pnas bran dgn org yg rpat dgn ku n pdendam dgn org yg xrpat dgn ku(sbb ku xdpt nk mrah kat org yg xrpat 2 la), ku ni gak dkira slalu bnsid baik sbb pe2 yg jadi thdap diri ini adalh yg tbaik dantara yg tbaik yg blaku trima ksih kpada yg Esa.

Monday, October 25, 2010

Kehidupan Mohd Airul (Mukadimah)


Pada 16 September 1990, seorang insan yang diberi nama Mohd Airul bin Alimat lahir ke dunia ini. Tangisannya memecah kesunyian malam dan menghentikan kesakitan seorang wanita yang digelar emak saat melahirkannya. Insan yang baru sahaja dilahirkan itu adalah aku.

Aku yang merupakan cahaya mata yang pertama buat ibubapa ku, lambang cinta mereka selamat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kelahiran ku membawa khabar gembira buat seluruh keluarga ibu dan bapa ku terutama sekali ibubapa ku. Ku ditatang bagaikan minyak yang penuh, kehadiran ku sedikit sebanyak telah melengkapkan kehidupan ibubapa ku, ku kini membesar.

Masih lagi ku ingat disaat ku masih kecil, dengan kereta Honda merah ku dibawa ke taman di sekitar Kuala Lumpur untuk pergi bermain, setiap gerak geri ku pasti akan diperhatikan, akan dijaga supaya ku tidak jatuh kesakitan. Ku juga dibawa berjalan ke mana sahaja samada menaiki kereta abah ku mahupun bas ekspress, milik syarikat dimana abah ku berkerja, ke tempat-tempat yang tidak dapat ku ingati lagi. Tetapi yang pasti ku banyak membina kenangan bersama ibubapa ku.

Abah ku, Alimat bin Baharom  berkerja sebagai makenik di sebuah badan bas Tranasional Sdn. Bhd.  di Keramat dan emak ku, Masenah binti Sahalan berkerja sebagai operator pengeluaran di Taxes Instrument Sdn. Bhd. di kawasan yang sama. Emak ku yang berasal dari Bagan Dato, Perak mempunyai pendidikan yang membolehkan emak ku untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa  tetapi disebabkan pemohonan yang memerlukan masa yang agak lama beliau mula berhijrah ke Kuala Lumpur diusia yang cukup muda,18 tahun, demi mencari rezeki tambahan untuk tok wan(datuk) dan tok(nenek) ku. Manakala abah ku yang memang berasal dari Dato Keramat, Kuala Lumpur hanya la insan biasa. Disana, disaat emak ku mencari rezeki, emak ku bertemu jodoh dengan abah ku apabila abah ku bertentang mata dengan emak ku yang tinggal diseberang jalan. Maka bermulalah kisah mereka.

Pada tanggal 5 October 1992 pula, anak ke-dua ibubapa ku, adik ku sendiri, Mohd Aizat bin Alimat lahir membawa dirinya ke dalam dunia ini. Ku amat menyayanginya, dia merupakan adik ku dan juga sahabat ku, dialah bakal teman ku bermain dan juga bergurau senda. Namun kegembiraan ku hanyalah sementara kerana tidak lama selepas emak ku habis pantang, tok wan ku yang selama ini ku sayang, yang selalu membelikan ku sesuatu, tempat ku berlindung takala ku dimarahi oleh ibubapa ku, pergi meninggalkan ku yang masih kecil, yang masih tidak mengetahui erti ‘mati’ buat selama-lamanya. Namun kerana ku masih lagi tidak mengerti, ku mampu bertanya “Kemana dorg nak bawa tok wan tu” tanpa menerima apa-apa jawapan…....

Tuesday, October 19, 2010

Selasa, Oktober 19, 2010

ASSALAMUALAIKUM

Sudah sebulan lebih ku xceritakan peribadi hal ku kn, de gak shabat ku btnya knp xtulis, sebenarnya bkan ku xnk tulis tp klu korg perasan, kali terakhir yg ku tulis,ku de myatakn yg ku tgh wat jhatkn n utk pgetahuan korg, smpi skrg ku msih lakukn lg. Secara jujurnya,ku ingin skali nk mghentikn kjahatan ku ni tp iman ku msih lg xckup kuat utk melawannya, iman ku ni lebih nipis lg drpd nipisnya kulit bawang dan kini nafsu ku yg bjaya mguasai diri ku..

Apa jenis kejhatan yg ku lakukn ni smpi xbleh nk dihentikn??

ku yakin mngkn itu la yg bmain dlm pikirn para pembaca ku, jauh disudut ati ku ni,ku ingin mceritakn kjhatan nmun setelah brulangkali ku dgr ceramah dr corong2 radio, televison dan buku yg myatakan
"Setiap kejahatan yang kita lakukan akan Allah S.W.T tutup (menjaga keaiban kita) dimalam hari"
maka disbbkn itu la ku xberani nk mceritaknnya kerana Nya msih myanyangi ku, sesngguhnya kejahatan yg ku lakukn ini bleh dkatakn keji dimata shabat2 ku,kwn ku2 yg slama ini mganggap ku ni baik dimata mereka, disaat ku menulis kisah ku ni ati ku mnagis, sebak, kecewa thadap perangai ku ni, selama ni ku dpt mnepis sgala jenis kjhatan ttp knp tidak kejahatan a.k.a maksiat ni, apa dah bnyak sanggatkah pahala ku ni utk ku menempah syurga, mgkn syurga dunia shja yg akan mbawa ku kpd neraka akhirat..

ku masih lg tertnya2 pada diri ku, pada Nya yang Esa sbb2 tindak-tanduk ku ni, adakh ku jdi bgini kerana nafsu ku, atau kerana hormon ku yg makin tidak terkawal, bak kte org dah bsar la kn..

di saat org lain bercinta, ku juga ingin trut sma merasainya, mngknkh itu pyebabnya kjhtan yg ku lakukn ni, wallahualam, namun ku tetap bersyukur krana buat msa ini ku tidak tjebak sepenuhnya dlm maksiat ini, mungkn juga krana ku xhensem, klu btul la apa yg ku pikirkn, alhamdulillah ku ucapkn kepada-Nya atas kejadian ku, benarlah bahawa setiap perkara yg berlaku itu ada hikmahnya, cme kni ku terfikir apakh hikmah utk perkara ni, ku akan cba utk berubah utk msa dpan ku, keluarga ku, bkal isteri ku yg tercinta, n bkal anak2 yg akan dilahirkn ke dlm dunia ini.

Ku mengharapkan doa dari kalian semua yang membaca diari hidup ku ini, doakan ku supaya menjadi insan yang mulia dimata masyarakat dan yang paling penting dari sudut pandangan-Nya yang akan setiasa menjauhi maksiat serta sentiasa melakukan amal ibadat.
AMIN

ASSALAMUALAIKUM

Surat daripada seorang lelaki kepada 'FUTURE WIFE'

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you tapi rumah ditingkat 10 mungkin boleh. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian cuma dapat memberi 10 majalah belian sahaja. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2) and you pun boleh la dapat payung emas nanti. Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

Ikhlas dari your future husband, the one and only, InsyaAllah.

Thursday, October 14, 2010

Ada Ape Encik?

KAH KAH KAH

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

“Ada apa encik..? Ada apa ?”

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

“Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu … Adaaaaaa rotii coklaaaattt …”

KAH KAH KAH


ShoutMix chat widget