About Me

My photo
Semenyih, Selangor, Malaysia
Mohd Airul Bin Alimat yG dlHirkN pD 16 SepT 1990(trikH MlaySia LngkP,cmE tHun je laIn) tP klu ikut kelender Islam lak 25 Safar 1411..sek kat Sek Keb Dato Keramat(97-00), Sek Keb Taman Sri Gombak(01-02), Sek Men Keb Sungai Kertas(03-07), UiTM Arau, Perlis (08-11) n skrg ada kat UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Melaka..dlm jrusN Degree in Accountancy (Hons)..n Klu Dah bLjr akaUn,nk Jd aKaunTan la,pe lG kN (auditor pn boleh gak,huhuhuhu) sBB ku ske nombor tp bnci gler dgn mghafal,time test mmmg tnsion gler & hoBi ku PnDu Jet pejuaNG snDri(tp jet nYe xdE lG)(Ni gak Cta2 ku yg Dlu,cme XksmpaiaN)..nk Tau lg,ku ni jenis yg klam kbut dlm wat semua pkara, ssah nk rpat dgn org n snng nk bjauhan dgn org, pnas bran dgn org yg rpat dgn ku n pdendam dgn org yg xrpat dgn ku(sbb ku xdpt nk mrah kat org yg xrpat 2 la), ku ni gak dkira slalu bnsid baik sbb pe2 yg jadi thdap diri ini adalh yg tbaik dantara yg tbaik yg blaku trima ksih kpada yg Esa.

Monday, October 25, 2010

Kehidupan Mohd Airul (Mukadimah)


Pada 16 September 1990, seorang insan yang diberi nama Mohd Airul bin Alimat lahir ke dunia ini. Tangisannya memecah kesunyian malam dan menghentikan kesakitan seorang wanita yang digelar emak saat melahirkannya. Insan yang baru sahaja dilahirkan itu adalah aku.

Aku yang merupakan cahaya mata yang pertama buat ibubapa ku, lambang cinta mereka selamat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kelahiran ku membawa khabar gembira buat seluruh keluarga ibu dan bapa ku terutama sekali ibubapa ku. Ku ditatang bagaikan minyak yang penuh, kehadiran ku sedikit sebanyak telah melengkapkan kehidupan ibubapa ku, ku kini membesar.

Masih lagi ku ingat disaat ku masih kecil, dengan kereta Honda merah ku dibawa ke taman di sekitar Kuala Lumpur untuk pergi bermain, setiap gerak geri ku pasti akan diperhatikan, akan dijaga supaya ku tidak jatuh kesakitan. Ku juga dibawa berjalan ke mana sahaja samada menaiki kereta abah ku mahupun bas ekspress, milik syarikat dimana abah ku berkerja, ke tempat-tempat yang tidak dapat ku ingati lagi. Tetapi yang pasti ku banyak membina kenangan bersama ibubapa ku.

Abah ku, Alimat bin Baharom  berkerja sebagai makenik di sebuah badan bas Tranasional Sdn. Bhd.  di Keramat dan emak ku, Masenah binti Sahalan berkerja sebagai operator pengeluaran di Taxes Instrument Sdn. Bhd. di kawasan yang sama. Emak ku yang berasal dari Bagan Dato, Perak mempunyai pendidikan yang membolehkan emak ku untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa  tetapi disebabkan pemohonan yang memerlukan masa yang agak lama beliau mula berhijrah ke Kuala Lumpur diusia yang cukup muda,18 tahun, demi mencari rezeki tambahan untuk tok wan(datuk) dan tok(nenek) ku. Manakala abah ku yang memang berasal dari Dato Keramat, Kuala Lumpur hanya la insan biasa. Disana, disaat emak ku mencari rezeki, emak ku bertemu jodoh dengan abah ku apabila abah ku bertentang mata dengan emak ku yang tinggal diseberang jalan. Maka bermulalah kisah mereka.

Pada tanggal 5 October 1992 pula, anak ke-dua ibubapa ku, adik ku sendiri, Mohd Aizat bin Alimat lahir membawa dirinya ke dalam dunia ini. Ku amat menyayanginya, dia merupakan adik ku dan juga sahabat ku, dialah bakal teman ku bermain dan juga bergurau senda. Namun kegembiraan ku hanyalah sementara kerana tidak lama selepas emak ku habis pantang, tok wan ku yang selama ini ku sayang, yang selalu membelikan ku sesuatu, tempat ku berlindung takala ku dimarahi oleh ibubapa ku, pergi meninggalkan ku yang masih kecil, yang masih tidak mengetahui erti ‘mati’ buat selama-lamanya. Namun kerana ku masih lagi tidak mengerti, ku mampu bertanya “Kemana dorg nak bawa tok wan tu” tanpa menerima apa-apa jawapan…....

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget