Sewaktu di kampong, nakal ku bukan kepalang,ayam menjadi mangsa batu ku, tangga menjadi gelungsur ku, dan parit menjadi permainan ku namun seperti kebiasaannya, ku tidak dapat dimarahi kerana ku mempunyai banyak pelindung, tok wan dan tok ku sering melindungi ku, bahkan bukan ku yang dimarahi oleh ibubapaku tetapi ibubapa ku yang dimarahi oleh tok ku. Di kampong ku, kerana ku rasa geli dengan tandas di kampong, maka ku sering melepaskan hajat ku di sekitar rumah dengan mengali dan menimbusnya balik, bila dikenang, itu menjadi kenangan ku yang indah. Menyebut mengenai kenangan, sewaktu di kampong, masih ku ingat peristiwa sepupu ku jatuh ke dalam parit, peristiwa yang berlaku semasa tengah bermain basikal di atas titi (jambatan), mungkin kerana kenakalan ku ataupun memang dah nasib badan, sepupu ku hilang kawalan ketika di titi dah basikal bersama dirinya jatuh ke dalam parit, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh seorang lek (nenek) yang tinggal berhampiran semasa ku bergegas pulang memberitahu kejadian tersebut pada ibubapanya. Kejadian tersebut mungkin memalukan bagi dirinya namun tidak bagi diri ku yang tidak mungkin rasanya melupainya.
Di Dato Keramat, ku menjalini kehidupan ku seperti biasa bersama abah, emak, dan adik ku di rumah sewa milik datuk dan nenek ku, hanya bersebelahan dengan rumah nenek ku sendiri. Ku membesar disana, bersekolah disana, kiranya ku orang KL. Namun, tidak seperti di kampong ku, di rumah nenek ku ini, ku tidak serasi dengan datuk ku, datuk ku jenis orang yang garang namun di Keramat ku masih ada nenek ku yang sentiasa menyayangi ku, sentiasa juga membela ku, takala abah ku marahkan ku diatas kesalahan ku sendiri, ku melarikan diri dari tali pinggang ayah ku mencari nenek untuk mendapatkan perlindungan. Namum tidak semua kesalahan ku dapat dilindungi, pernah suatu ketika, sewaktu ku dan adik ku bermain lastik, ku pernah cuba melastik melepasi kereta orang yang melalui kawasan jalan di rumah nenek ku, namun malang sekali kerana lastikan ku tidak melepasi ruang-ruang kenderaan tersebut lalu megenai sebuah kereta. Dengan rasa marahnya,tuan empunya kereta berpatah balik untuk memarahi ku, walaupun aku dilindungi oleh mak cik ku, namum salah tetap salah, abah ku meminta maaf kepada orang itu atas kejadian tersebut dan selepas itu lastik ku dipatahkan dan ku dipukul demi mendidik ku menjadi orang yang berguna dan bertanggungjawab.
klakakan..
ReplyDeletelen kali jgn nakal sgt..
pengajarannye..jgn suke bergantung pada org len ye...dah buat tanggung sendiri..
ok-doki,hehehe..
ReplyDeletexpe,2 ksah lme,skrg ni dah xwat mcm 2 dah,huhuhu...
:P