About Me

My photo
Semenyih, Selangor, Malaysia
Mohd Airul Bin Alimat yG dlHirkN pD 16 SepT 1990(trikH MlaySia LngkP,cmE tHun je laIn) tP klu ikut kelender Islam lak 25 Safar 1411..sek kat Sek Keb Dato Keramat(97-00), Sek Keb Taman Sri Gombak(01-02), Sek Men Keb Sungai Kertas(03-07), UiTM Arau, Perlis (08-11) n skrg ada kat UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Melaka..dlm jrusN Degree in Accountancy (Hons)..n Klu Dah bLjr akaUn,nk Jd aKaunTan la,pe lG kN (auditor pn boleh gak,huhuhuhu) sBB ku ske nombor tp bnci gler dgn mghafal,time test mmmg tnsion gler & hoBi ku PnDu Jet pejuaNG snDri(tp jet nYe xdE lG)(Ni gak Cta2 ku yg Dlu,cme XksmpaiaN)..nk Tau lg,ku ni jenis yg klam kbut dlm wat semua pkara, ssah nk rpat dgn org n snng nk bjauhan dgn org, pnas bran dgn org yg rpat dgn ku n pdendam dgn org yg xrpat dgn ku(sbb ku xdpt nk mrah kat org yg xrpat 2 la), ku ni gak dkira slalu bnsid baik sbb pe2 yg jadi thdap diri ini adalh yg tbaik dantara yg tbaik yg blaku trima ksih kpada yg Esa.

Tuesday, August 28, 2012

EMAS


ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya dah lama ku nak berkongsi pasal Emas ni, cuma malas saja tapi pertanyaan dari kawan ku membuatkan ku merasa tak elok ku simpan benda yang ku dah tau dari pemerhatian ku sendiri.
Sebelum itu, ingin ku tegaskan disini bahawa ku bukanlah penjual emas, ku hanya seseorang yang membeli dan menyimpan emas untuk kegunaan masa depan.

Emas memang menguntungkan.

TAPI emas hanya menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (5tahun keatas), kalau korang beli emas lepas itu nak jual balik kurang dari tempoh 5tahun atau gila-gila pun dalam tempoh 1tahun, ku nasihatkan jangan korang beli emas,simpanlah kat Tabung Haji yang bagi pulangan tiap-tiap tahun
(ku mention tabung haji sebab bunga yang korang dapat dari situ InsyaAllah terjamin halalnya dari ASB dan seangkatannya)
Ini kerana perbezaan harga pembelian dan penjualan yang akan merugikan korang, seperti digambar tersebut.

kalau korang tengok harga ini, seperti contoh korang nak beli emas 10g dengan harga RM1,826.00 dan terus jual balik time itu juga, korang bukan dapat balik modal tetapi korang bakal rugi sebab korang hanya mampu menjualnya sebanyak RM1,680.00.

(Ku nak sentuh sikit, kepada sesiapa yang ingin buat perniagaan emas ini atau nak tahu macam mana peniaga-peniaga emas dapat untung, keuntungn dorang datangnya dari perbezaan harga beli dan juallah. Seperti contoh, selepas korang jual emas 10g dengan harga RM1680.00, kalau korang nak beli balik emas tersebut, korang akan beli dengan harga RM1,826.00, kan dah untung tu, bak kata orang, untung atas angin, tapi sebenarnya, dorang untung atas usaha dorang mencari pembelilah, rasanya)


Emas boleh dibeli dimana-mana ikut tempat yang korang rasa korang percaya, ku beli emas dari bank (kijang emas) dan public gold namun supervisor ku juga ada menyatakan bahawa kijang emas lagi menguntungkan dari pengiraan harga 1g emas kedua-duanya(kijang emas dan public gold) serta perbezaan harga beli dan jual. Namun setiap orang ada penilaian masing-masingkan,
Sebelum ku nak tamatkan info emas ku ini, ku nak ingatkan, kalau korang nak beli ke, jual ke, simpan ke, berniaga ke, jangan lupa nisab emas itu, kalau dah lebih, bayar-bayarlah zakat, karang tak bayar zakat, habis emas itu, mana tahu tak bayar zakat, emas hilang ke, kene rompak,huhuhuhu…

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget